suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Singapura catat kematian kelima akibat H1N1

SINGAPURA: Singapura melaporkan satu lagi lagi kematian berkaitan selesema berikutan jangkitan Influenza A(H1N1) apabila seorang wanita Cina meninggal dunia di Hospital Besar Singapura (SGH) di sini semalam.

Angka kematian akibat penyakit berkaitan selesema di negara bandar raya itu kini menjadi lima sejak kematian pertama dilaporkan dua minggu lepas.

Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa wanita berusia 34 tahun yang menghidap myeloid leukemia meninggal dunia akibat pneumonia selepas mengalami jangkitan virus H1N1.

Dalam laporan perkembangan terkini wabak itu, kementerian berkenaan menyatakan wanita itu dimasukkan ke SGH pada 17 Julai selepas dua hari mengalami batuk dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dua hari kemudian kerana paras oksigen rendah.

Jumaat lepas, seorang wanita Cina berusia 42 tahun maut akibat masalah sama. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain