suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi lahir dengan dua kepala di Riau

JAKARTA: Seorang bayi kembar siam lelaki lahir dengan dua kepala dan satu tubuh badan di sebuah hospital di Tembilahan, Riau, Khamis lalu.

Pengarah Hospital Puri Husada, Dr Rasul Alim M, berkata bayi itu memiliki satu badan dengan dua kepala, dua tangan, dua kaki, sepasang buah pinggang dan paru-paru, satu dubur dan dua jantung.

Katanya bayi tersebut, yang masih belum diberi nama, berada dalam keadaan sihat dan berkemungkinan kembar siam itu tidak dapat dipisahkan.

Bagaimanapun, katanya, jantung sebelah kiri bayi tersebut adalah lebih kecil daripada di sebelah bahagian kanan.

Bayi kembar tersebut kepada pasangan Badrun, 33 dan isteri Nurhayati, 23, dari Kampung Belantararaya, lahir menerusi pembedahan dan mempunyai berat 3.2 kg dan tinggi 43cm.

"Ini adalah kelahiran kembar siam pertama di daerah Indragiri Hilir ini dan dari segi perubatan, bayi itu sukar dipisahkan dan mereka akan cuba menjaganya sebaik mungkin," kata Dr Rasul seperti dipetik oleh agensi berita Antara.

Semalam, hospital itu menjadi tumpuan orang ramai yang ingin melihat bayi kembar siam itu selepas berita kelahiran itu tersebar di daerah itu. BERNAMA

Artikel Lain