Ahli politik India bantah FTA Asean-India - Dunia | mStar

Ahli politik India bantah FTA Asean-India

NEW DELHI: Ahli politik India membantah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Asean-India yang hampir dimuktamadkan, pada saat-saat akhir kerana bimbang mengenai masa depan berjutajuta petani di sini.

Bantahan itu mungkin membantutkan peluasan perdagangan dua hala yang bernilai berbilion dollar itu.

Birokrat dan kerajaan India mahu memuktamadkan perjanjian dagangan yang ditunggu-tunggu dan terlewat antara Asean dan India, ekonomi ketiga terbesar Asia.

Namun, beberapa menteri kabinet kanan India dan pemimpin pembangkan memberi takanan kepada kerajaan supaya menimbang FTA itu.

Menteri Pertahanan, A.K. Anthony, bimbang tanaman seperti biji gajus, kelapa, lada hitam dan getah yang banyak ditanam di Kerala, akan terjejas dan mahu kerajaan menangguhkan majlis pemeteriannya.

Sepuluh negara anggota Asean dan India, rakan dialog blok berkenaan, merancang menandatangani FTA semasa sidang kemuncak Asean-India yang dijadualkan Oktober ini di Thailand.

"Perjanjian itu akan menjejaskan teruk tenaga kerja dalam sektor tradisional seperti kelapa, produk marin dan industri biji gajus, lada hitam dan getah asli," kata Anthony yang dipetik sebagai berkata oleh Economic Times.

Menerusi FTA, dagangan dua hala dijangka meningkat berkali ganda, daripada ASS$38 bilion (RM133 bilion) pada masa ini, sebaik tariff bagi lebih 4,000 barangan dimansuh atau diselaraskan.

Di Parlimen India, pada sesi semasa. partiparti pembangkang seperti Parti Komunis India (Marxist), Parti Nasionalis Hindu Bharatiya Janata (BJP) dan Parti Sawajwadi, juga membangkitkan isu itu.

Pada Rabu, Menteri Hal Ehwal India S.M. Krishna, yang menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri Asean di Phuket, berkata India sudah bersedia untuk memutamadkan FTA pada Oktober.

Para pegawai perdagangan Asean dan India mengambil masa hampir enam tahun untuk memuktamadkan perjanjian selepas pemimpin keduadua pihak memeterai perjanjian kerangka kerja ASEAN-India mengenai kerjasama ekonomi komprehensif pada sidang kemuncak kedua ASEAN-India pada 2003. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain