Dua warga Singapura meninggal dunia akibat selesema babi - Dunia | mStar

Dua warga Singapura meninggal dunia akibat selesema babi

SINGAPURA: Dua warga Singapura meninggal dunia semalam akibat Influenza A(H1N1), menjadikan tiga kematian dicatatkan sehingga kini akibat selesema babi di negara bandar raya ini.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang menghidap epilepsi dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Paediatrik National University Hospital pada Ahad lepas dan disahkan dijangkiti H1N1, meninggal dunia pagi semalam.

Kematian kanak-kanak itu berpunca daripada serangan sawan berpanjangan, dengan jangkitan H1N1 menjadi faktor penyumbang, menurut Kementerian Kesihatan dalam maklumat terkininya mengenai selesema babi.

Dalam satu lagi kes, seorang lelaki berumur 55 tahun yang menghidap penyakit neuron motor dan dimasukkan ke ICU Hospital Besar Changi (CGH) pada Sabtu lepas dan turut disahkan dijangkiti selesema babi, meninggal dunia tengah hari semalam.

Kematian pertama akibat H1N1 di Singapura membabitkan seorang lelaki berumur 49 tahun yang mempunyai masalah jantung dan meninggal dunia di CGH minggu lepas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain