suria

Thailand catat 44 kematian berkaitan H1N1 sehingga kini

PHUKET: Thailand mencatatkan 44 kematian yang dikaitkan dengan jangkitan Influenza A H1N1 sejak virus itu pertama kali dikesan disini lebih dua bulan lepas.

Kementerian Kesihatan Thailand berkata 20 orang lagi maut sejak minggu lepas semasa jumlah kes meningkat kepada 6,776, dengan 35 pesakit masih sedang dirawat di hospital.

Ia merupakan kenyataan pertama kementerian itu, seminggu selepas kerajaan Thailand memutuskan untuk menghentikan pengumuman mengenai jumlah kematian dan kes disahkan jangkitan, yang dikemaskini setiap hari.

Kerajaan Thailand turut mengarahkan lebih 2,300 kelas-kelas tutorial ditutup selama dua minggu sehingga 28 Julai ini bagi mengawal penularan jangkitan penyakit itu.

Thailand mencatatkan angka tertinggi kes jangkitan penyakit itu di rantau ini, namun statistik terkini tidak dapat diperolehi selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia berhenti mendedahkan maklumat mengenai jumlah kes jangkitan itu di setiap negara seluruh dunia, baru-baru ini.BERNAMA

Artikel Lain