suria

Jepun bubar Parlimen, pilihan raya umum 30 Ogos

PERDANA Menteri Jepun, Taro Aso (dua dari kiri) meninggalkan Parlimen selepas mengumumkan pembubaran dewan rendah hari ini. AP

TOKYO: Perdana Menteri Taro Aso yang berhadapan dengan situasi kemerosotan populariti sejak kebelakangan ini membubarkan Parlimen hari ini.

Pilihan raya umum kebangsaan yang baru dijadual diadakan 30 Ogos ini.

Speaker dewan rendah mengumumkan perkembangan tersebut sebentar tadi.

Ia dijangka menjadi medan menguji keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Aso.

Parti Demokratik Liberal, yang memerintah sebahagian besar daripada tempoh lima dekad lalu, memiliki majoriti di dewan rendah.

Bagaimanapun pembangkang utama, Parti Demokratik Jepun telah memenangi siri pilihan raya tempatan dan terus merasai peningkatan sokongan.

Pembangkang pula menyifatkan pilihan raya umum kali ini sebagai bakal "mencipta sejarah."

Parti yang memperoleh majoriti di dewan rendah akan memilih perdana menteri dan anggota Kabinet. AP

Artikel Lain