suria

Seorang wanita Singapura mati akibat H1N1

SINGAPURA: Seorang wanita berumur 42 mati akibat Influenza A (H1N1) hari ini menjadikannya mangsa keempat yang meninggal dunia akibat pandemik itu di Singapura setakat ini.

Wanita tersebut yang dilaporkan mengidap hipertensi dan tairoid meninggal pagi semalam di Hospital Awam Changi.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, wanita tersebut mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan hospital tersebut pada 18 Julai lalu selepas lima hari mengalami demam, batuk, sakit tekak dan sesak nafas.

Mangsa kemudian dipindah ke Unit Rawatan Rapi hospital itu pada hari yang sama.

Dia dilaporkan meninggal akibat pneumonia di samping jangkitan Influenza A (H1N1) menjadi puncanya, menurut kementerian berkenaan.

Dua rakyat Singapura termasuk kanakkanak lelaki berusia 13 tahun mati minggu ini dan seorang lagi mangsa pada minggu lepas akibat selesema babi. BERNAMA

Artikel Lain