suria

Megawati mahu keputusan pilihan raya presiden Indonesia dibatal

JAKARTA: Kumpulan penyokong Megawati Soekarnoputri semalam menfail tuntutan di Mahkamah Perlembagaan Indonesia supaya membatalkan kemenangan Susilo Bambang Yudhoyono pada pilihan raya langsung presiden Indonesia (Pilpres) pada 8 Julai lepas.

Seorang anggota penasihat undangundang kem MegawatiPrabowo, Arteria Dahlan mendakwa pihaknya mempunyai bukti wujudnya penipuan yang membabitkan sehingga 28.6 juta undi di 25 daerah yang membantu kemenangan Susilo dan pasangannya Boediono pada pilihan raya itu.

"Dengan perkiraan itu, seharusnya Susilo hanya memperolehi 48 peratus atau kirakira 45 juta undi dan bukannya 60.8 peratus undi," katanya kepada pemberita selepas mengemukakan tuntutan di Mahkamah Perlembagaan di sini semalam.

Beliau berkata kerana itu jugalah pilihan raya presiden itu mesti diadakan pusingan kedua yang membabitkan pertembungan antara gandingan SusiloBoediono dan MegawatiPrabowo, iaitu pasangan yang mendapat jumlah undi kedua terbanyak.

Sabtu lepas Komisi Pemilihan Umum (KPU) mengumumkan keputusan pengundian yang dimenangi oleh pasangan SusiloBoediono dengan 60.80 peratus undi diikuti oleh MegawatiPrabowo di tempat kedua dengan 26.79 peratus dan Jusuf KallaWiranto di tempat ketiga dengan 12.40 peratus undi.

Bagaimanapun kumpulan MegawatiPrabowo mendakwa SusiloBoediono hanya memperolehi 48.70 peratus, MegawatiPrabowo 35 peratus dan Jusuf KallaWiranto 16.25 peratus.

Undang-undang pilihan raya presiden Indonesia menetapkan bahawa pilihan raya presiden hanya dijalankan satu pusangan jika terdapat pemenang yang jelas iaitu yang mendapat lebih 50 peratus undi, dengan taburan sokongan melebihi 20 peratus di lebih separuh iaitu lebih 17 provinsi daripada 33 provinsi Indonesia.

Dalam tuntutan di Mahkamah perlembagaan semalam, kumpulan Megawati turut mendakwa KPU dengan sengaja tidak melakukan kemaskini Daftar Pemilih Tetap dan tidak mengambil tindakan terhadap aduanaduan yang ditampilkan mereka buat Badan Pengawas Pilihan Raya.

Semalam kubu JusufWiranto juga menuntut supaya Mahkamah Perlembagaan membatalkan keputusan pilihan raya presiden 8 Julai itu atas alasan banyak senarai pengundi yang bermasalah, di samping mengemukakan 55 bukti. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain