suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kalah bukan penamat segalanya - Jusuf Kalla

JAKARTA: Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla berkata kekalahan beliau dalam pilihan raya presiden baru-baru ini bukanlah 'penamat kepada segalanya', kerana beliau masih ada banyak perkara yang boleh disumbang untuk negara dan bangsa.

"Ia bukan penamat kepada segalanya, ia adalah proses pembelajaran kepada semua," kata Jusuf yang dipetik agensi berita Antara di tempat kelahirannya di Makassar, Sulawesi, pada Selasa.

Bercakap pada majlis sempena menyambut kepulangannya itu, Jusuf yang dianggap sebagai wira oleh para penyokongnya, menyuarakan penghargaan kepada mereka kerana mengundi beliau dan rakan seperjuangannya Wiranto, pada pilihan raya presiden baru-baru ini.

"Khidmat kepada bangsa tidak terhad kepada hanya menjadi presiden dan naib presiden, masih ada banyak yang boleh dilakukan," katanya.

Beliau turut berkata aduan sudah dibuat kepada Mahkamah Perlembagaan berhubung keputusan pilihan raya 8 Julai lepas, dan menambah "ia bukan soal menang atau kalah, secara prinsipnya ialah negara perlu berkembang maju secara teratur, jujur, adil dan demokratik".

"Undi rakyat tidak seharusnya hilang atau meningkat beitu sahaja. Oleh itu pihak kami sudah melaporkan masalah itu kepada Mahkamah Persekutuan supaya demokrasi dan keamanan dapat didukung di pada masa hadapan," katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain