suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-kanak sekolah di UAE diberikan suntikan H1N1

DUBAI: Pihak berkuasa di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memutuskan untuk memberikan suntikan kepada lebih 600,000 kanak-kanak sekolah bagi mencegah virus Influenza A(H1N1).

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Ahmed bin Shakar berkata keputusan itu dibuat untuk mencegah merebaknya virus tersebut.

Proses imunisasi itu akan dilakukan apabila bahan suntikan itu diperoleh yang dijangka pada akhir September ini, katanya dalam akhbar The National.

Beliau berkata semua kanakkanak sekolah awam dan swasta berumur lima tahun ke atas akan dikehendaki mendapatkan suntikan anti selesema babi.

Sementara itu, media negara WAM melaporkan bahawa Jawatankuasa Pengawasan Nasional untuk Membanteras Selesema Babi belum lagi mengeluarkan sebarang resolusi memastikan ekspatriat yang berkhidmat di negara ini menyediakan sijil perubatan yang membuktikan mereka bebas virus H1N1 sekembalinya ke UAE. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain