JAKARTA: Polis Indonesia di Konawe, Sulawesi Tenggara menahan tujuh rakyat Malaysia yang dikatakan melanggar peraturan visa lawatan bercuti untuk tujuan berdakwah pada Selasa.
Menurut polis, ketujuhtujuh lelaki itu mengaku datang ke Indonesia untuk mengikuti perhimpunan dakwah 'tabligh' yang sebelum ini dilaporkan akan diadakan besarbesaran di Jakarta baru-baru ini tetapi akhirnya dibatalkan.
Kerana pembatalan itu, mereka memberitahu polis, bahawa mereka mengambil kesempatan untuk berdakwah ke merata-rata tempat di Sulawesi Tenggara.
Pihak Kedutaan Besar Malaysia di sini ketika dihubungi pada Khamis berkata belum menerima maklumat lanjut mengenai penahanan itu.
Laporan agensi berita Antara dari Kendari, ibu kota Sulawesi Tenggara, menyebut polis menahan mereka setelah menerima aduan masyarakat setempat dan setelah disiasat kumpulan itu didapati tidak mempunyai surat kebenaran untuk berdakwah.
Ketujuhtujuh mereka kini ditahan untuk siasatan di Konawe. BERNAMA


