suria

Malaysia sahkan komitmen strategi pembangunan dengan Thailand

KOTA KINABALU: Malaysia mengesahkan akan terus memberikan komitmen bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Strategi Pembangunan Bersama (JDS) Malaysia-Thailand untuk pelan tindakan kawasan sempadan.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa berkata JDS sangat bermakna dalam semangat perkongsian untuk kemakmuran dan kebajikan bagi penduduk yang tinggal di kawasan sempadan.

"Setakat ini JDS telah memberikan manfaat kepada penduduk di Malaysia dan Thailand, dan komitemen berterusan jelas ditunjukkan oleh keduadua negara.

"Ini dapat dilihat melalui kerjasama dalam Konsep 3E (Pendidikan, Pekerjaan dan Keusahawanan). Ini contoh sebagai satu testimoni dalam kerjasama yang baik untuk membina modal insan rentas sempadan," katanya semasa merasmikan Mesyuarat Pegawaipegawai Kanan JDS untuk Kawasan Sempadan ke5 di sini hari ini.

Beliau berkata mesyuarat hari ini menunjukkan satu perkembangan yang bermakna kerana keduadua negara bergerak ke arah kerjasama dua hala yang lebih tinggi. Beliau berkata JDS bukan hanya bergantung pada sokongan dan komitmen berterusan oleh keduadua negara ke arah melaksanakan projek dan aktiviti JDS.

"Pemimpin masyarakat, kumpulan perniagaan, ahli akademik dan media juga faktor penting dalam memastikan kejayaan JDS.

"Aktiviti berdasarkan kebudayaan dan promosi hubungan rakyat ke rakyat masih penting kerana ini akan menyakinkan lagi kepercayaan dan memudahkan keamanan dan kestabilan," kata beliau.

Rastam percaya bahawa sudah tiba masanya program yang sudah dirancang dilaksanakan segera bagi memastikan JDS mencapai hasratnya.

Ketika merasmikan Mesyuarat Pegawaipegawai Kanan Suruhanjaya Bersama Malaysia-Thailand untuk Kerjasama Dua Hala ke-11, beliau berkata keduadua negara sentiasa mengekalkan hubungan jiran yang baik dalam semua perkara pada setiap masa.

Beliau berkata salah satu isu penting dalam agenda mesyuarat itu ialah kerjasama mengenai langkah-langkah membina keyakinan di selatan Thailand.

"Malaysia bersedia untuk menghulurkan bantuan bagi memperbaiki keadaan tersebut," kata beliau.

Rastam berkata Malaysia bersedia dan sanggup berkongsi pengetahuan dan kepakaran dalam bidang pendidikan, undang-undang syariah dan pembangunan ekonomi.

Sementara itu, Menteri Luar Datuk Anifah Aman dijadual merasmikan mesyuarat itu esok. BERNAMA

Artikel Lain