suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta api tergelincir: Puluhan penumpang cedera di Pasuruan

JAKARTA Puluhan penumpang kereta api cedera apabila lima daripada lapan gerabak keretapi Mutiara Timur laluan Banyuwangi-Surabaya, tergelincir dari landasan di Pasuruan kirakira pukul 4.05 pagi ini (Waktu Indonesia Barat).

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Menurut laporan agensi berita Antara dari tempat kejadian, kerja-kerja mengeluarkan mangsa daripada gerabak-gerabak yang terbalik itu masih dilakukan.

Kejadian berlaku ketika kereta api itu, yang berkapasiti 360 tempat duduk, sedang melintasi rel yang terputus sepanjang kira-kira 2.2 meter di KM69 laluan itu.

Lima gerabak di bahagian belakang tergelincir manakala tiga gerabak di depan masih tetap di atas rel, demikian dilaporkan.

Kereta Api Mutiara Timur, yang dikendalikan oleh PT Kereta Api Indonesia (KAI) sejak 1972, itu bertolak dari Banyuwangi pada pukul 10.25 malam tadi menuju Stesyen Gubeng di Surabaya, menempuh perjalanan sejauh 257 kilometer dari Banyuwangi, yang memakan masa 6 jam 30 minit. BERNAMA

Artikel Lain