suria

Keputusan Suu Kyi bersalah mengecewakan Singapura

SINGAPURA: Singapura kecewa dengan keputusan mahkamah tentera di Yangon yang mendapati pemimpin prodemokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi bersalah kerana melanggari syaratsyarat penahanan beliau di rumah.

Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura berkata republik itu kecewa dengan keputusan tersebut yang menghukum Suu Kyi kerja keras selama tiga tahun.

Beliau berkata Suu Kyi tidak merancang untuk melanggari syaratsyarat penahanan beliau dalam rumah dan "pencerobohan ke dalam rumahnya oleh seorang yang didapati tidak waras."

Suu Kyi dituduh melanggar syaratsyarat penahanan rumahnya setelah seorang rakyat Amerika Syarikat John Yettaw, 53, berenang merentasi sebuah tasik untuk memasuki rumah beliau pada Mei lepas.

Singapura bagaimanapun berpuas hati bahawa kerajaan Myanmar telah melaksanakan hak mutlak kedaulatan untuk memberikan pengampunan separuh daripada tempoh hukumannya dan beliau dikenakan hukuman tahanan rumah dan bukan dipenjarakan.

Singapura merasa lega apabila kerajaan Myanmar bersetuju membenarkan Suu Kyi berjumpa dengan doktor dan jururawat, bercakap dengan parti beliau, menonton saluran televisyen tempatan, baca akhbar dan jurnal tempatan dan boleh menerima pelawat dengan kebenaran kerajaan tersebut.

Jurucakap itu berkata Singapura berharap ia akan membenarkan Suu Kyi menyertai dalam proses politik secepat mungkin.

"Satu dialog yang bermakna antara kerajaan Myanmar, Aung San Suu Kyi dan semua kumpulan politik lain secara terbuka dan termasuk proses penyatuan nasional yang menjadi satusatunya jalan untuk kestabilan politik yang berpanjangan di negara itu," tambah jurucakap itu.BERNAMA

Artikel Lain