suria

NAM masih relevan dengan politik masa kini

NEW DELHI: India, pengasas bersama Pergerakan Negaranegara Berkecuali (NAM), mengekalkan bahawa kumpulan 118 negara itu masih relevan untuk menghadapi masalah masa kini yang melanda masyarakat antarabangsa.

Setiausaha Khas (Politik dan Pertubuhan Antarabangsa) Kementerian Hal Ehwal Luar India Vivek Katiju berkata NAM terus relevan walaupun ia sudah berusia 48 tahun.

India, bersamasama ketika itu Yugoslavia dan Mesir, mengilhamkan penubuhan NAM pada 1955, tetapi hanya diwujudkan pada 1961, untuk menyuarakan pandangan dan isu negaranegara membangun dan tidak membangun.

"Ia untuk prinsip tertentu dan diaplikasikan kepada nilainilai itu menentang kolonialism dan aparteid, peranan mereka berjaya. NAM meminta untuk mengaplikasikan prinsip yang sama untuk menangani masalah yang sama dalam menghadapi masyarakat antarabangsa.

"Komitmen India terhadap NAM adalah tegas dan mematuhi. Seperti lepas, India akan terus memainkan peranan aktif dalam pergerakan itu," Katiju memberitahu media.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada Khamis mengenai lawatan Perdana Menteri Manmohan Singh ke Sharm el Sheikh, di Mesir untuk menghadiri Sidang Kemuncak NAM ke15 yang dijadual berlangsung dari 15 hingga 16 Julai.

Sidang Kemuncak itu bertemakan: "Perpaduan Antarabangsa untuk Keamanan dan Pembangunan dan Krisis Ekonomi dan Kewangan Kini." BERNAMA

Artikel Lain