suria

Jumlah kematian rusuhan di Xinjiang cecah 184

URUMQI (China): Jumlah kematian akibat rusuhan di wilayah Xinjiang, China kini meningkat kepada 184, menjadikan ia analisis pertama selepas hampir seminggu keganasan berunsur perkauman itu meletus di bandar raya barat China itu.

Agensi berita Xinhua melaporkan, 137 mangsa adalah daripada kumpulan etnik Han, 46 Uighur Turki, seorang daripada etnik Hui beragama Islam, yang memetik sumber daripada pejabat penerangan kerajaan.

Sebahagian daripada etnik Uighur bagaimanapun mencabar angka tersebut hari ini selepas desas-desus mengatakan pasukan keselamatan menembak ke arah mereka semasa bantahan asal diadakan diikuti hari-hari selepas itu.

Angka kematian sebelum ini adalah 156 mangsa.

Xinhua tidak memberi maklumat lanjut berhubung laporan kematian yang baru termasuk sejak Selasa lalu, apabila sekumpulan lelaki Han menuntut bela berikutan rusuhan itu yang tercetus selepas bantahan pertama diadakan di jalan-jalan bandar raya tersebut.

Sabtu lalu, polis separa tentera dilengkapi senjata automatik dan perisai menghadang sebahagian jalan berikutan etnik Uighur di daerah bandar raya itu dan 30 kumpulan berarak di sepanjang jalan sambil melaungkan slogan menuntut perpaduan etnik. AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Larangan demonstrasi di Phuket

Artikel Lain