suria

Najib pemimpin asing terawal ucap tahniah kepada Susilo

JAKARTA: Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan pemimpin asing terawal yang mengucapkan tahniah kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono atas kejayaannya mendahului dua saingannya dalam pilihan raya langsung presiden Indonesia kelmarin.

Susilo berkata Perdana Menteri Malaysia itu menelefonnya pagi Khamis mengucapkan tahniah bukan saja kepadanya tetapi juga kepada demokrasi Indonesia dan kepada pilihan raya yang sudah berlangsung yang dilihat oleh dunia sebagai pilihan raya yang baik, aman dan demokratik.

"Pagi tadi saya menerima telefon, pertamatama dari Perdana Menteri Malaysia Bapak Najib. Meskipun saya sampaikan kepada temanteman saya bahawa ini baru 'quick count' dan masih harus menunggu keputusan rasmi dari KPU tetapi beliau mengatakan dengan metodologi yang saintifik 'quick count' itu bisa (boleh) dipercayai," kata Susilo.

Susilo yang berpasangan dengan Boediono sebagai calon naib presidennya setakat ini, berdasarkan hasil pengiraan sementara undi oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU), mendapat 61.7 peratus undi, diikuti oleh MegawatiPrabowo (28.6 peratus) dan Jusuf KallaWiranto (9.8 peratus).

Susilo berkata beliau kemudiannya menerima panggilan telefon serupa daripada Presiden Timor Leste Jose Ramos Horta, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan tengah hari ini daripada Perdana Menteri Australia Kevin Rudd, Presiden Korea Selatan Lee Myungbak dan Presiden Gloria Macapagal Arroyo dari Filipina serta Menteri Penasihat Singapura Lee Kuan Yew.

Susilo berkata beliau sangat gembira menerima panggilanpanggilan telefon itu yang dianggapnya sebagai pengakuan dan penghargaan terhadap kelicinan dan keamanan perjalanan pilihan raya itu.

"Tentu saya senang (gembira) kalau bangsa dan negara kita mendapat pengakuan dan penghargaan seperti ini," katanya.

Beliau berkata mereka juga mendoakan Indonesia terus menjadi negara yang demokratik dengan pencapaian ekonomi yang semakin baik sehingga mendatangkan manfaat bagi kehidupan rakyat. BERNAMA

Artikel Lain