suria

Serangan laman web AS dan Korea Selatan masuk hari yang ketiga

SEOUL: Beberapa laman web Korea Selatan dan Amerika Syarikat tidak dapat diakses untuk hari ketiga berturut-turut selepas terdapat kemungkinan ianya dilakukan oleh penggodam unit siber Korea Utara menurut laporan pihak perisikan Korea Selatan.

Pakar berkata serangan itu hanya simbolik dan tidak melibatkan pencerobahan keselamatan dan kerosakan pada sistem infrastruktur 'online' dan jaringan komputer di kedua negara itu.

Menurut akhbar tempatan di Korea Selatan, agensi berita Yonhap, laporan mereka yang memetik seorang ahli parlimen berkata selepas diberi taklimat oleh agensi perisikan terdapat kemungkinan Korea Utara adalah dalang di sebalik serangan itu.

Bagaimanapun penganalis masih lagi ragu-ragu yang Kerajaan Korea Utara terlibat kerana implikasi yang akan berlaku akan lebih dasyhat sekiranya perbuatan itu ditaja oleh sebuah negara.

Suruhanjaya Telekomunikasi Korea Selatan berkata mereka sudah mengambil langkah awal untuk membendung masalah ini sejak hari pertama serangan itu dilakukan dengan menyarankan pembekal khidmat Internet menyaring komputer yang dijangkiti 'virus' supaya tidak mengakses internet.

Laman web Kementerian Pertahan Korea Selatan adalah antara laman web yang masih lagi tidak boleh diakses selepas serangan itu.

Sekiranya terbukti bahawa Korea Utara bertanggungjawab terhadap serangan web itu, ia akan meningkatkan lagi ketegangan di semenanjug Korea yang bermula dengan Ujian Nuklear Pyongyang pada bulan Mei dan kemudian diikuti ujian peluru berpandu pada bulan Julai.

Seorang pakar dalam keselamatan IT dan juga bekas pegawai di Jabatan kehakiman yang mengendalikan jenayah siber, Mark Rasch, berkata kesan daripada serangan web yang ditaja oleh sebuah negara adalah sangat bahaya.

"Tiada bezanya dengan menjatuhkan bom yang sebenar seperti TNT ketika berada di zon perang," katanya.

Bulan Jun lepas Korea Utara memberi amaran kepada Korea Selatan berkaitan "perang teknologi tinggi".

Menurut seorang pakar sejarah Korea Utara, Bruce Klinger, Korea Utara sudah memulakan operasi ketenteraan 10 tahun dahulu untuk melahirkan 1,000 orang pengodam yang mahir dalam pencerobohan siber.

"Pyongyang ada kemampuan yang besar dalam jenayah siber," katanya

Syarikat keselamatan online yang utama di Korea selatan, Ahnlab adalah antara laman web yang masih lagi diserang dan pengguna menghadapi kesukaran mengakses laman web itu yang seringkali memaparkan amaran "Serangan penafian-perkhidmatan " ataupun "denial-of-service attack" (DDoS).

"Serangan penafian-perkhidmatan" atau "denial-of-service attack" ialah satu serangan terhadap sistem komputer atau rangkaian komputer yang menyebabkan ia hilang keupayaan untuk memberikan perkhidmatan kepada pengguna.

Artikel Lain