suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rayuan hukuman rakyat Malaysia menyeludup cocaine ditolak

MELBOURNE: Mahkamah Rayuan Brisbane, Australia menolak rayuan hukuman terhadap seorang wanita rakyat Malaysia yang dihukum penjara lapan tahun kerana menyeludup cocaine ke negara itu.

Ramia Jimson, 46, menjalani hukuman penjara itu pada Februari setelah mengaku bersalah di Mahkamah Agung Brisbane kerana kesalahan mengimport cocaine itu, menurut laporan the Australian Associated Press (AAP).

Mahkamah itu memberitahu Ramia ditangkap oleh para pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada 3 Mac tahun lepas sebaik tiba dari Brazil.

Para pegawai kastam itu menemui dua kilogram cocaine bernilai kirakira A$2 juta yang disembunyikan di beg pakaiannya, yang bawahnya telah diubahsuai dengan pelapik palsu.

Mahkamah diberitahu bahawa Ramia diminta oleh seorang kawan di Brazil untuk membawa cocaine tersebut dan dia akan diberi AS$2,000 kerana peranannya itu.

Dia dihukum penjara lapan tahun dengan empat tahun setengah tidak boleh diparol.

Ramia mengemukakan kes itu ke Mahkamah Rayuan Brisbane bulan lepas, di mana peguamnya mendakwa bahawa hakim tidak mengambilkira hukuman perbandingan dari negerinegeri lain.

AAP melaporkan bahawa hukuman bertulis dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan menolak penghujahan dan rayuan tersebut.

Ramia akan dihantar pulang selepas menjalani hukuman penjara itu. BERNAMA

Artikel Lain