suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua atlet Indonesia dijangkiti H1N1 di Singapura

JAKARTA: Dua orang atlet Indonesia, Faroq Togologe dan Tiffany Adam, dilaporkan positif dijangkiti virus influenza A (H1N1) di Singapura, lapor agensi berita Antara, Isnin.

Jurucakap Kedutaan Besar Indonesia di Singapura Yayan G. Mulyana berkata Faroq dikuarantin di Singapore General Hospital sejak Ahad manakala Tiffany di dewan khusus National University of Singapore (NUS) pagi ini.

Faroq dijadualkan mengikuti Sukan Remaja Asia 2009, manakala Tiffany ialah mahasiswi Fakulti Ekonomi Universiti Indonesia yang akan bertanding dalam acara tenis di kejohanan olahraga antara universiti awam seluruh Asia di Singapura.

Laporan itu menyebut Kementerian Kesihatan Singapura pada Ahad menyatakan terdapat 52 kes baru H1N1, sehingga dalam beberapa bulan ini jumlah pengidap mencapai 1,003 orang, termasuk 591 orang penduduk tempatan dan 412 pendatang.

Yayan menyeru rakyat Indonesia menunda lawatan ke Singapura untuk sementara waktu jika tidak ada urusan yang sangat mendesak.

Menurut Yayan mereka yang dikesan dijangkiti penyakit itu, harus membayar sendiri biaya pemeriksaan dan perawatan yang mahal di Singapura. BERNAMA

Artikel Lain