suria

12 lagi disahkan positif H1N1 di Indonesia

JAKARTA: Sebanyak 12 lagi individu disahkan positif Influenza A (H1N1) di Indonesia setakat petang semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes itu kepada 20.

Menurut data Kementerian Kesihatan Indonesia, mereka yang disahkan positif virus itu berumur dari 10 bulan hingga 65 tahun.

Tiga daripada mereka dirawat di Hospital Sanglah di Bali manakala yang lainnya dirawat di sini, dan keadaan semua mereka dilaporkan bertambah baik.

Sementara itu, agensi berita Antara melaporkan virus H1N1 yang telah dikategorikan oleh Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB) sebagai wabak global, kini telah mencatatkan jangkitan tempatan.

Ketua Pengarah Pengendalian Penyakit dan Kesihatan Persekitaran Kementerian kesihatan, Tjandra Yoga Aditama hari ini berkata daripada 12 kes baru itu, dua daripadanya merupakan jangkitan tempatan. BERNAMA

Artikel Lain