suria

Gempa bumi kuat landa Greece

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku di Crete, Greece pada 5.30 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di 34.6 darjah Utara dan 25.0 darjah Timur, iaitu 396 kilometer dari Tenggara Athens dan 8,239 kilometer dari Barat Laut Langkawi, Kedah.

Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami. BERNAMA

Artikel Lain