suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peraturan baru visa keluarga bagi golongan ekspatariat di UAE

DUBAI: Pendapatan bulanan minima sebanyak 10,000 dirham (kirakira RM9,600) disyaratkan untuk golongan ekspatriat yang ingin membawa keluarga mereka tinggal di negara itu.

Ketua Pengarah Jabatan Pewarganegaraan dan Pemastautin (NRD) Nasser Al Awadi Al Menhali berkata gaji minima itu harus dinaikkan bagi menampung kos kehidupan, sewa serta yuran sekolah dan penjagaan kesihatan.

"Seorang penduduk perlu mampu menanggung keluarganya dan mampu membiayai kos hidup bagi membolehkan mereka hidup dengan baik selaras dengan undangundang pekerja dan pemastautin," katanya seperti dipetik oleh akhbar Gulf News.

Akhbar itu melaporkan sebelum ini syarat gaji minima ialah 3,000 dirham sebelum dinaikkan kepada 4,000 dirham dan kemudian 6,000 dirham.

"NRD tidak membenarkan manamana penduduk asing yang tidak menyewa sebuah rumah atau apartmen untuk membawa masuk ahli keluarga mereka," kata Al Menhali.

Katanya keputusan menaikkan syarat gaji minima diambil berikutan kajian mengenai kesan negatif membenarkan ekspatriat membawa masuk ahli keluarga tanpa pendapatan yang mencukupi dan aturan tempat penginapan yang sesuai.

Peraturan baru itu dikuatkuasakan berikutan pindaan undangundang kecil pemastautin, menurut laporan akhbar itu. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain