suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

H1N1: Dua lagi kematian di Thailand

BANGKOK: Thailand mengesahkan dua lagi kematian akibat virus Influenza A (H1N1), menjadikan jumlah kematian kepada lima orang sehingga kini.

Seorang lelaki berumur 47 tahun yang dikatakan kuat merokok dan minum minuman keras, meninggal dunia pada pagi Rabu akibat kegagalan jantung serta buah pinggang di sebuah hospital di ibu negara ini.

Mangsa kedua adalah pesakit wanita di wilayah Chon Buri yang meninggal dunia tengah hari ini, kata pegawai Kementerian Kesihatan Awam Thai.

Kementerian itu berkata sejumlah 1,473 kes dikesan di negara ini, dengan 22 pesakit masih berada di hospital sejak virus itu mula melanda negara ini tujuh minggu lepas. BERNAMA

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia