suria

AS penjarakan pengurus dana skim piramid Ponzi 150 tahun

MENGAKU BERSALAH...Pengurus dana Wall Street, Bernard Madoff mengaku bersalah mendalangi skim piramid dengan menipu berbilion dolar melibatkan ribuan pelanggannya di seluruh dunia. Foto AP.
MENGAKU BERSALAH...Pengurus dana Wall Street, Bernard Madoff mengaku bersalah mendalangi skim piramid dengan menipu berbilion dolar melibatkan ribuan pelanggannya di seluruh dunia. Foto AP.
MENGAKU BERSALAH...Pengurus dana Wall Street, Bernard Madoff mengaku bersalah mendalangi skim piramid dengan menipu berbilion dolar melibatkan ribuan pelanggannya di seluruh dunia. Foto AP.

NEW YORK: Pengurus dana Wall Street, Bernard Madoff yang Mac lalu mengaku bersalah mendalangi skim piramid atau 'Ponzi' dengan menipu berbilion dolar melibatkan ribuan pelanggannya di seluruh dunia, dikenakan hukuman penjara maksimum 150 tahun semalam.

Dengan keputusan tersebut, Madoff yang kini berusia 71 tahun perlu menghabiskan sisa kehidupannya dalam penjara bagi kesalahan yang disifatkan sebagai "penipuan luar biasa" dengan memperdayakan ribuan pelabur.

Sambil menggambarkan penipuan "luar biasa", Hakim Denny Chin menjatuhkan hukuman penjara maksimum 150 tahun yang perlu dijalani di penjara.

Oleh kerana tiada sistem parol di penjara persekutuan, Madoff kemungkinan mengakhiri hidupnya dalam penjara.

"Di sini, mesej yang perlu disampaikan ialah jenayah dilakukan Encik Madoff adalah kejahatan luar biasa dan perbuatan manipulasi sistem yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja satu jenayah kewangan tidak berperasaan yang berlaku di atas kertas, malah menghuyung-hayang nyawa manusia," kata Chin.

Skim Ponzi telah dikenalikan oleh Madoff sejak awal 1990-an, yang turut telah menjejaskan kehidupan ribuan orang selain meruntuhkan sistem kewangan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat kini menghadapi krisis ekonomi paling buruk sejak kemelesetan tahun 1930-an.

Kerugian sebenar akibat sistem Ponzi dianggarkan AS$13.2 bilion (RM46 bilion).

Bagaimanapun hakim memakumkan jumlah itu merupakan anggaran konservatif dan dengan mengambil kira pemakluman Madoff kepada anak-anaknya pada Disember lalu, penipuannya mencecah AS$50 bilion (kira-kira RM150 bilion).

Sebaliknya, beliau tidak melaburkan wang tersebut namun menyimpannya di bank Chase Manhattan.

Dalam skim 'Ponzi' itu, wang diambil daripada pelabur baru untuk membayar keuntungan palsu kepada pelanggan sedia ada.

Pendakwa percaya sejumlah AS$177 juta (RM619.5 juta) telah diterima Madoff, namun beliau menafikannya.

Malah dalam penghakimannya, Chin berkata, tidak satu pun daripada lebih 100 surat yang diteriman beliau menyokong Madoff ataupun menggambarkan sebarang kebaikan beliau.

"Ketiadaan sokongan sedemikian memberi gambaran sebenar," kata Chin.

Pendakwa raya Lisa Baroni pula berkata, Madoff memang layak menerima hukuman sepanjang hayat atas "tindakan mencuri wang tanpa belas kasihan dan secara kejam."

Sebelum ini pendakwa memberitahu, pihaknya akan menyita harta Madoff dan isterinya, Ruth yang dianggarkan bernilai lebih AS$100 juta (RM350 juta) termasuk rumah-rumah mewahnya, kapal layar, saham, wang tunai dan sebuah piano.

Satu fail di mahkamah daerah di sini menggariskan 18 jenis aset tetap dan kecairan yang diarah untuk disita oleh pihak pendakwa selepas Madoff disabit kesalahan terhadap 11 tuduhan jenayah besar-besaran di Wall Street.

Senarai itu merangkumi stok dan saham, sebuah penthouse di Manhattan, rumah-rumah di New York dan Palm Beach, Florida serta vila 'Chateau des Pins' di Cap d'Antibes di selatan Perancis.

Artikel Lain