suria

Jumlah kes H1N1 di Singapura meningkat lagi

SINGAPURA: Jumlah kes Influenza A(H1N1) di Singapura meningkat lagi dengan hampir 100 kes semalam berbanding 89 kes baru dua hari lepas.

Kes terbaru ini membawa kepada jumlah semuanya 454 kes, menurut Kementerian Kesihatan dalam maklumat terkini mengenai Influenza A(H1N1) di republik ini malam tadi.

Selain 89 kes baru ini, kementerian itu menyatakan bahawa 53 kes lain semalam menunggu disiasat.

Daripada 142 kes ini, 65 telah disiasat yang terdiri 34 kes tempatan dan 31 kes import sementara 77 kes lain masih lagi disiasat.

Antara 34 kes tempatan baru, 10 membabitkan pelajar dari Republic Polytechnic di sini dan tujuh kes dari Kem Tentera Maju. Dua kes baru dilaporkan di Kem Tentera Pulau Tekong yang membabitkan anggota khidmat nasional sepenuh masa.

Selain itu, satu kluster baru dari Kem Orientasi National University of Singapore (NUS) iaitu tiga kes baru dan satu yang sebelum ini kes yang tidak ada kaitan. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain