suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

A(H1N1): Thailand sahkan 2 kematian pertama

BANGKOK: Thailand hari ini mengesahkan dua kematian pertama akibat wabak Influenza A(H1N1), menurut Kementerian Kesihatan Awam.

Menterinya, Witthaya Kaeparadai berkata mangsa pertama ialah seorang wanita berusia 42 tahun yang meninggal pada 20 Jun lepas dan mangsa kedua merupakan seorang jurutera lelaki berusia 40 dari Chonburi yang meninggal di sebuah hospital di sini awal pagi tadi.

Beliau meminta, rakyat supaya tidak panik dengan dua kematian itu dan pihak berkuasa mengambil semua langkah bagi membendung penularan wabak itu sejak ia mula dikesan di negara itu enam minggu lepas.

Thailand sehingga ini telah mencatatkan 1,209 kes H1N1 dengan 1,190 pesakit telah pulih manakala 16 lagi menerima rawatan di hospital. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia