suria

Penyokong Thaksin berkumpul di Bangkok

BANGKOK: Beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan berbaju merah berkumpul di kawasan paling besar di Bangkok pada Sabtu untuk mengadakan rapat umum semalam bagi memberi tekanan kepada kerajaan campuran Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva yang lemah.

Tunjuk perasaan itu berlaku lebih dua bulan setelah rusuhan di Hari Songkran pada 13 April lepas di ibu negara, yang mengorbankan dua orang dan lebih 120 cedera, yang dilakukan oleh penyokong Perdana Menteri yang digulingkan Thaksin Shinawatra yang tinggal dalam buangan.

Penunjuk perasaan berbaju merah di bawah Barisan Bersatu untuk Demokrasi menentang pemerintahan kuku besi (UDD), yang merebak ke Pattaya dan mengganggu Sidang Kemuncak 16 negara anggota Asia Timur pada 11 April, memberhentikan tunjuk perasaannya di ibu negara sehari selepas rusuhan di mana mereka bertempur dengan askar.

Seorang pemimpin UDD, Jatuporn Promphan memberitahu pemberita bahawa mereka akan terus tinggal di Sanam Luang, sebuah kawasan terbuka yang terkenal untuk perhimpunan awam besarbesaran, dan menghadap tempat pelancongan yang popular Grand Palace.

"Sungguhpun apa yang diduduki kerajaan dan polis, kami terus tinggal di sini dan berhimpun secara aman. Kami tidak ada rancangan untuk mara ke Rumah Kerajaan atau di manamana," kata beliau, ketika beratus-ratus polis dan askar mengawal bangunan utama kerajaan.

Rumah Kerajaan, pusat pentadbiran kerajaan, dirampas oleh penyokong berbaju kuning Pakatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD) selama enam bulan pada tahun lepas, apabila mereka menutup dua lapangan terbang utama di ibu negara lebih seminggu dalam usaha untuk memaksa penyokong perdana menteri yang disokong Thaksin, Samak Sundaravej dan penggantinya Somchai Wongsawat untuk meletak jawatan.

Abhisit mampu memujuk parti campuran Somchai sebelum ini untuk berpihak kepadanya dan menubuhkan kerajaan yang bertahan tujuh bulan, tetapi kian menghadapi masalah dalaman dan pembangkang terus mendesak untuk satu pilihan raya baru diadakan.

Walaupun digulingkan oleh tentera tiga tahun lepas, populariti Thaksin masih kuat, terutamanya di utara dan timur laut di mana penduduk luar bandar yang susah mendapat manfaat daripada dasar popularnya, terus menyokong sekutunya.

Minggu lepas, parti Pheu Thai, yang ditubuhkan oleh penyokongnya setelah dua parti mereka sebelum ini dibubarkan oleh mahkamah, menang satu pilihan raya kecil di Sakon Nakhon dan tiga lagi pada hari ini.

Bekas anggota polis dan kini seorang bilionaire dijangka berucap kepada penyokongnya malam ini melalui telefon dan menghubungi mereka terus kerana media prokerajaan yang banyak terus tidak memberikan publisiti kepada rakan sekutunya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain