suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembantu pemimpin pembangkang dilarang tinggalkan Iran

STESEN televisyen Iran melaporkan, seorang pembantu kepada pemimpin pembangkang, Mir Hossein Mousavi telah dihalang daripada meninggalkan negara itu untuk ke Britain.

Laporan itu menamakan pembantu itu adalah ketua jawatankuasa penerangan kepada Mousavi, Abolfazl Fateh, seorang pelajar ijazah kedoktoran di Britain.

Dalam masa dua minggu sejak pergolakan berlaku berikutan pertikaian berhubung pilihan raya presiden, sekurang-kurangnya 11 pekerja kempen dan 25 kakitangan Mousavi telah ditahan.

Mousavi berkata, beliau adalah pemenang sebenar pada pemilihan yang berlangsung pada 12 Jun lalu itu.

Pemimpin tertinggi Iran telah mengisytiharkan penyandang jawatan itu, Mahmoud Ahmadinejad sebagai pemenang.

Agensi berita Fars melaporkan pada lewat Khamis, Fateh telah dilarang daripada membuat sebarang perjalanan supaya pihak berkuasa dapat menyiasat "beberapa perhimpunan baru-baru ini" - yang merujuk kepada bantahan yang diketuai Mousavi.

Laporan itu bagaimanapun tidak dapat disahkan. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia