suria

Tangan isteri melecur direndam minyak panas bukti curang

NEW DELHI: Seorang penduduk kampung yang mahu membuktikan yang isterinya berlaku curang telah menggunakan satu cara lama dengan merendam tangan isterinya dalam minyak panas.

Oleh kerana tangan wanita itu melecur dalam ujian itu, lelaki berkenaan membuat kesimpulan bahawa isterinya tidak setia dan terus mengusirnya dari rumah mereka, demikian menurut laporan akhbar Indian Express hari ini.

Lelaki itu, Rajbhan Yadav, 30an, seorang petani di perkampungan Bhitoni di Madhya Pradesh, sebelum itu mengesyaki isterinya bermain kayu tiga dan sering menderanya.

Menurut akhbar itu, alasan Yadav ialah jika isterinya bersalah, tangannya akan melecur tetapi jika tidak bersalah, tidak ada apa-apa yang akan berlaku.

Yadav ditahan polis setelah isterinya membuat laporan.

Dia kini dibebaskan dengan jaminan manakala isterinya sedang dirawat. BERNAMA

Artikel Lain