suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Urumqi kembali tenang seminggu selepas rusuhan

URUMQI (China): Urumqi kembali tenang hari ini selepas seminggu dilanda rusuhan ekoran perbalahan etnik yang mengorbankan 184 nyawa.

Pasukan polis separa tentera bersenjata berkawal di People's Square, tempat berlakunya bantahan kaum minoriti Uighurs.

Lebih 1,000 orang cedera dalam keganasan itu.

Pihak kerajaan melaporkan, kebanyakan yang maut adalah daripada kaum Cina Han, namun sebahagian besar kaum Islam Uighurs percaya, ramai kaum mereka terkorban dalam insiden itu.

Xinhua yang memetik pegawai-pegawai wilayah itu berkata, seramai 137 mangsa adalah daripada Han manakala 46 daripada Uighurs dan seorang lagi daripada Hui, satu lagi kaum beragama Islam di wilayah itu.

Xinhua turut melaporkan, sebuah tangki minyak meletup pagi tadi di barat bandar itu.

Tidak dapat dipastikan sama ada letupan itu berkaitan dengan keganasan etnik.

Agensi itu menambah, letupan itu menyebabkan satu kebakaran tetapi tidak ada sebarang kecederaan berlaku. AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain