suria

Dua lagi korban A(H1N1) di Thailand semalam

BANGKOK: Thailand melaporkan dua lagi kematian akibat virus Influenza A(H1N1) semalam, menjadikan jumlah kematian di negara itu meningkat kepada 18 orang.

Kementerian Kesihatan Awam berkata mangsa terbaru wabak itu ialah seorang penoreh getah di wilayah selatan Nakhon Si Thammarat dan seorang wanita yang bekerja di sebuah kafe internet di wilayah Ratchaburi.

Kementerian itu berkata hampir 300 kes baru dikesan hari ini, menjadikan bilangan keseluruhan lebih 3,550 kes.

Kerajaan Thailand juga telah mengarahkan penutupan lebih 2,200 pusat tuisyen di seluruh negara itu selama dua minggu bagi membendung penularan wabak tersebut manakala kafe internet juga disaran mengambil langkah sama.

Walaupun lebih 420 kematian dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di seluruh dunia, hanya Thailand dan Filipina mencatatkan kes kematian di rantau ini sejak wabak itu tercetus di Mexico beberapa bulan lepas. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain