suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

3 terbunuh, 16 cedera runtuhan jambatan di New Delhi

NEW DELHI: Tiga pekerja terbunuh manakala 16 lagi cedera apabila sebuah jambatan dalam pembinaan di sini runtuh awal pagi ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila sebuah kepingan konkrit tergelincir dan memusnahkan rasuk logam jambatan itu.

Menurut jurucakap polis, Mohammed Iqlaq, kejadian berlaku ketika beberapa pekerja sedang mengangkat kepingan-kepingan konkrit untuk jambatan tersebut yang menjadi sebahagian daripada sistem rel metro baru bandar raya itu.

Petikan rakaman televisyen dan gambar menunjukkan satu kepingan konkrit telah jatuh ke atas sebuah tiang penyokong yang kemudiannya memusnahkan rasuk logam di bawahnya.

Mereka yang terbunuh adalah pekerja-pekerja pembinaan di atas jambatan, kata Mohammed.

Katanya, punca kemalangan itu masih belum diketahui.

Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk melihat sama ada masih terdapat mereka yang terperangkap di bawah runtuhan itu, katanya.

Sistem rel metro yang sedang dalam pembinaan sejak lebih enam tahun lalu, adalah lambang kebanggaan New Delhi yang begitu terkenal dengan kesesakan lalu lintas teruk.

Pada Oktober tahun lalu, dua terbunuh dan sekurang-kurangnya 11 cedera dalam kejadian yang sama. AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain