suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

H1N1: Angka kematian di Thailand naik kepada 16

BANGKOK: Seorang lagi pesakit influenza A (H1N1) meninggal dunia di Thailand pada Sabtu, menjadikan jumlah angka kematian meningkat kepada 16.

Lelaki berumur 45 tahun itu meninggal dunia di Hospital Ayutthaya selepas dimasukkan ke hospital itu pada Rabu.

Kementerian Kesihatan Awam berkata, 157 kes baru disahkan, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti penyakit itu kepada 3,228.

Kerajaan Thailand telah mengarahkan lebih 2,200 pusat tuisyen di seluruh negara ditutup selama dua minggu dalam usaha membendung virus itu manakala kafe siber turut diminta mengambil langkah serupa. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Larangan demonstrasi di Phuket

Artikel Lain