suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas didakwa gigit lengan wanita di taman bunga... Temui ajal dalam tahanan polis

Pergaduhan boleh mengakibatkan kematian. -Gambar hiasan

SEORANG warga emas lelaki emas meninggal dunia selepas ditahan polis atas dakwaan menggigit seorang wanita di sebuah taman bunga.

Menurut polis, lelaki berusia 89 tahun itu ditahan sekitar pukul 2 petang pada Ahad lalu selepas menggigit lengan wanita berusia 49 tahun.

Kedua-dua mereka sebelum itu dilihat bertengkar selepas berlaku perselisihan faham di lokasi melihat bunga sakura.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kawanishi, Prefektur Hyogo di Jepun.

Dua pegawai polis cuba mengiringi lelaki itu ke kereta peronda, tetapi dia hanya duduk dan enggan bergerak.

Disebabkan kawasan itu berbukit, mereka kemudiannya meletakkan lelaki tersebut di atas pengusung yang dipinjam daripada pejabat pengurusan taman dan membawanya ke kereta peronda.

Polis berkata ketika lelaki itu diletakkan di dalam kereta peronda, wajahnya pucat dan nampak separa sedar. 

Dia kemudiannya dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia kira-kira satu setengah jam kemudian.

Bedah siasat akan dilakukan bagi menentukan punca sebenar kematiannya. -Agensi

Artikel Lain