suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua beradik maut dalam peti sejuk beku ketika main sorok-sorok - “Penutup jatuh, mereka terperangkap”

Ibu bapa seharusnya mengawasi anak-anak kecil biarpun di dalam rumah kerana dibimbangi berlakunya kejadian tidak diingini. -Gambar hiasan AI

DUA beradik meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati apabila terperangkap di dalam peti sejuk beku sewaktu bermain sorok-sorok.

Ketika kejadian, Sauri dan Darien Tiller, masing-masing berumur lapan dan lima tahun, memanjat ke dalam sebuah peti sejuk beku untuk bersembunyi.

Bagaimanapun pintu peti sejuk tersebut tertutup dan mereka tidak dapat membukanya.

Difahamkan, ibu bapa mangsa sedang membeli barang keperluan di pasar raya ketika kejadian. 

Sekembalinya ke rumah yang terletak di Vista Hermosa, Colombia, kira-kira 20 minit kemudian, mereka mendapati kedua-dua mangsa terperangkap di dalam peti sejuk beku.

Sauri dan Darien dikejarkan ke hospital, tetapi malangnya gagal diselamatkan.

Ayah mangsa, Brayan Guevara Trivino, menjelaskan bahawa peti sejuk beku itu dimatikan sekitar pukul 7 malam pada hari Sabtu sebelum kejadian.

"Anak-anak saya masuk dan bermain di dalam. Penutupnya jatuh, ia tertutup, dan mereka terperangkap," katanya dalam nada sedih. -Agensi

Artikel Lain