Tertuduh, Jin Hao (gambar kiri) dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah memukul isterinya hingga maut. -Foto https://global.hk01.com/
SEORANG lelaki di China dihukum mati kerana didapati bersalah melakukan penderaan dan keganasan rumah tangga sehingga menyebabkan kematian isterinya.Tertuduh, Jin Hao menyerang isterinya, Liu Mingyao, 25, secara kejam selepas wanita itu melihat perbualan telefon yang menunjukkan bukti dia berlaku curang dengan wanita lain. Dia berulang kali menumbuk dan menendang kepala isterinya selama lebih 10 minit, walaupun mangsa sudah tidak sedarkan diri.Difahamkan, Liu sempat menghantar mesej kepada ibu mentuanya mengenai apa yang berlaku, menyebabkan ibu bapa suaminya itu datang ke rumah untuk memeriksa keadaannya.Bagaimanapun, Hao berbohong dengan mengatakan Liu sedang tidur, dan ibu bapanya pulang selepas kira-kira 15 minit.Selepas itu, Hao kembali ke biliknya untuk berehat.Kira-kira pukul 7 pagi keesokan hari, Hao menyedari Liu sudah tidak bernafas sebelum menghubungi ambulans, namun dia kemudiannya ditahan polis.Ibu Hao turut ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara lebih dua tahun kerana memusnahkan bukti.Warga emas itu dilaporkan pergi ke rumah anaknya selepas mengetahui tentang kematian Liu untuk membersihkan kawasan dipenuhi darah.Menurut media China, Hao mempunyai sejarah melakukan keganasan rumah tangga terhadap Liu beberapa hari selepas berkahwin.Walaupun didesak oleh keluarga untuk bercerai, Liu tetap bertahan dalam perkahwinan demi anaknya.Pada 9 Disember 2025, mahkamah menjatuhi hukuman mati ke atas Hao kerana membunuh dengan sengaja.Hao merayu keputusan itu, tetapi ia ditolak.Pada 3 April, hukuman mati akhirnya dilaksanakan terhadap Hao. -Agensi