suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda cekik adik angkat perempuan hingga mati, berang kerap berhubung dengan abang ipar di media sosial

Amarah boleh membuatkan seseorang hilang pedoman. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 29 tahun didakwa mencekik adik perempuannya hingga mati kerana marah ekoran gadis itu terus berhubung dengan abang iparnya melalui media sosial.

Kejadian dilaporkan berlaku di Jharkhand, India.

Polis menahan tertuduh, Rahul Pathak, bersama bapanya, Subodh Pathak bagi melakukan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

Kejadian berlaku pada 13 Mac, namun hanya terbongkar pada 2 April lalu selepas penduduk kampung memaklumkan kepada polis mengenai beberapa ritual pelik yang dilakukan selepas kematian gadis itu di rumah keluarga tersebut.

Difahamkan, mangsa yang berusia 13 tahun merupakan anak angkat kepada keluarga berkenaan dan dipelihara sejak berumur lima tahun.

Polis turut mengambil keterangan ibu bapa kandung mangsa yang menetap di Aurangabad, serta beberapa saksi lain.

Kedua-dua tertuduh kini berada dalam tahanan kehakiman. -Agensi

Artikel Lain