SEORANG individu misteri bertindak menghasilkan lakaran menyerupai alat sulit lelaki pada lubang jalan bagi memaksa pihak berkuasa segera membaikinya.Lukisan grafitti menggunakan cat putih itu dikesan di enam lokasi berbeza di Worthing, West Sussex, United Kingdom. Foto lukisan itu turut tular di media sosial sehingga ia menerima pujian warga maya."Terima kasih kepada sesiapa yang membuat lukisan ini. Ia membuatkan lubang jalan lebih mudah dilihat, sekali gus menyelamatkan kami daripada bahaya."Ia kelihatan seperti peringatan tegas kepada pihak majlis tempatan. Maka masalah ini perlu diberi perhatian," tulis beberapa pengguna media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: "Macam mana usia 8 tahun boleh lukis, tulis benda 'kotor'?"Graffiti yang dipercayai dihasilkan seorang penduduk itu akhirnya berjaya menarik perhatian pihak berkuasa dan beberapa jalan berlubang sudah dibaiki.Menurut Martin McCabe, 44, sukarelawan 'Pothole Patrol' yang memantau masalah lubang jalan di Worthing, dia sendiri tidak mengenali individu yang membuat lukisan itu."Kami tidak menyokong tindakannya. Tetapi jelas orang semakin marah dengan masalah jalan berlubang. Ia bukti tentang krisis lubang jalan yang kita hadapi."Ada yang mendakwa ia dilakukan oleh ahli Pothole Patrol. Tapi seperti yang saya kata, bukan kami yang buat dan saya tidak tahu siapa pelakunya."Ramai penduduk tempatan berteka-teki tentang siapa pelakunya. Setakat ini, saya masih tidak pasti siapa yang melakukannya," ujar Martin.