suria

Top 5 Viral: Kereta Kelisa ‘total lost’ tahun 2014 muncul semula atas jalan, ‘love bite’ pemuda blazer banyak warna tarik perhatian

KAMI sajikan pelbagai kisah viral yang menjadi perhatian warganet minggu ini.

Kisah Mufti Wilayah Persekutuan melakukan lawatan mengejut ke Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehari sebelum perlawanan Malaysia-Indonesia dan menjumpai ‘sesuatu’ yang benar-benar menarik perhatian beliau.

Juga, kisah seorang gadis yang mengalami depresi gara-gara pemain sayap skuad Harimau Malaya, Akhyar Rashid.

Selain itu, kisah dua pemuda yang berputih mata selepas hasrat untuk melancong ke Korea Selatan tidak kesampaian gara-gara dihalang memasuki negara tersebut.

Turut dipaparkan kisah pemuda yang mengenakan blazer pelbagai warna untuk mencari jodoh di mana sosial pula mendapat kecaman netizen gara-gara kesan merah yang didakwa ‘love bite’.

Paling hangat dalam carta Top 5 Viral minggu ini adalah pengalaman pelik yang dialami seorang jurutera elektronik gara-gara terserempak dengan kereta Kelisa yang seakan-akan sama dengan kereta miliknya yang diisytiharkan ‘total lost’ lima tahun lalu.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi