suria

OST Ejen Ali The Movie guna lagu ciplak? “Kami sedia kongsi royalti” - Pengarah terkejut, segera hubungi The Fat Rat

PENYANYI Aisyah Aziz tidak mengetahui tentang dakwaan lagu nyanyian untuk filem animasi Ejen Ali The Movie mempunyai persamaan dengan karya luar  negara berjudul The Calling oleh The Fat Rat.

Menurut Aisyah atau nama sebenar Nur Aishah Aziz, 25, dia tidak membaca komen-komen peminat di YouTube berhubung isu berkenaan.

“Saya tidak baca komen di YouTube dan saya tidak tahu apa yang mereka bincangkan.

“Selepas ini saya akan mendengar lagu The Calling untuk melihat persamaan itu,” katanya kepada mStar.

Filem Ejen Ali The Movie akan ditayangkan di pawagam bermula 28 November ini terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation.

Ejen Ali The Movie, Aisyah Aziz


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi