suria

TikTok punya hal, lagu Kantoi Zee Avi kembali hit di Indonesia

PENYANYI Zee Avi tidak menyangka lagu Kantoi nyanyiannya yang pernah hit sekitar 10 tahun lalu kini secara tiba-tiba menjadi siulan generasi muda di Indonesia.

Zee, 34, berkata fenomena tersebut mungkin berlaku apabila lagu tersebut digunakan menerusi aplikasi TikTok.

“Saya akui lagu Kantoi yang dikeluarkan 10 tahun lalu itu lebih popular daripada saya sendiri. Menariknya, Kantoi kini mula menjadi siulan anak muda di Indonesia.

“Setiap hari ada sahaja cover yang dihasilkan remaja di sana, mungkin lagu tersebut sering digunakan pengguna TikTok,” kata Zee kepada mStar.

zee avi


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi