suria

Janda 45 tahun dapat habuan dihukum 4 sebatan

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini menjatuhkan hukuman empat kali sebatan terhadap seorang janda selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan persediaan melacurkan diri.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail turut memerintahkan wanita berusia 45 tahun itu menjalani hukuman pemulihan akhlak di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam, Selangor selama enam bulan.

Janda tanpa anak yang menetap di Klang, Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Kira-kira pukul 11 malam pada 19 September lalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu menahan wanita berkenaan bersama seorang lelaki dipercayai pelanggannya di sebuah hotel bertaraf empat bintang di Pulau Duyong di sini.

Pelbagai barangan termasuk kondom dan jel pelincir seks turut dirampas dalam serbuan berkenaan.

Selain itu tertuduh mengakui menerima upah RM1,000 daripada pelanggannya bagi perkhidmatan seks berkenaan.

Pada 27 September lalu Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu turut menjatuhkan hukuman enam sebatan dan penjara enam bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan persediaan melacurkan diri.

Sebat, Melacurkan diri


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi