Tukang Masak Gengster Pukul Wanita - Video | mStar

Tukang Masak Gengster Pukul Wanita

Diterbitkan: Khamis, 22 Mac 2018 1:04 PM

KECOH di media sosial mengenai insiden pergaduhan yang berlaku di sebuah kedai makan di Geylang, Singapura.

Melalui video yang tular itu, beberapa lelaki dilihat bertengkar sebelum salah seorang daripada mereka mula bertumbuk.

Lebih parah apabila salah seorang daripada mereka bertindak mencederakan seorang wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden terbabit.

Susulan itu, netizen mula membongkar identiti lelaki berkenaan yang kini menjadi tular di laman sosial.

Menyedari perkara itu, dia kemudiannya bertindak menutup akaun media sosialnya itu.

Tags / Kata Kunci: Geylang , gaduh

iklan