Raja Tatina Puas Bina Keluarga 'Marin' Di Balok

Diterbitkan: Khamis, 20 April 2017 9:30 AM

KEBIASAANNYA hobi adalah aktiviti yang dilakukan ketika lapang bagi menenangkan fikiran dan menghiburkan seseorang.

Begitu juga buat Raja Tatina Raja Musa yang menjadikan "diving" atau selam skuba sebagai hobi sehingga mulai jatuh hati dengan hidupan marin di perairan Balok, Kuantan umpama 'keluarga' keduanya.

Keindahan pantai balok yang memiliki air laut biru kehijauan dan jauh dari sebarang pencemaran memiliki taman bawah laut yang menawarkan kepelbagaian terumbu karang  dan keunikan spesis hidupan marin yang berwarna-warni.

menurut Raja Tatina, atau lebih mesra disapa Tati,  aktiviti selam skuba dan laut dalam itu bagaikan sudah sebati dengan dirinya malah, sanggup menempuh perjalanan lebih 200 kilometer setiap minggu semata-mata untuk bersama 'anak-anaknya'.

iklan