Maut Ditolak 'Hooligan'

Diterbitkan: Selasa, 18 April 2017 1:55 PM

KETERUJAAN menonton perlawanan bolasepak bertukar tragedi bagi seorang penyokong Argentina selepas maut akibat ditolak sehingga jatuh dari tempat duduk oleh sekumpulan penonton yang menuduh dia adalah penyokong pasukan lawan awal pagi tadi.

Emanuel Balbo, 22 tahun, penyokong Belgrano jatuh dari ketinggian tiga meter di stadium Belgrano di utara bandar Cordoba selepas dilihat bertengkar dengan seorang lelaki sebelum lelaki terbabit bertindak  melaungkan Balbo adalah penyokong Talleres, musuh ketat pasukan Belgrano.


Tags / Kata Kunci: talleres , belgrano , argentina

iklan