Kathoey Juga Ke Khidmat Negara?

Diterbitkan: Jumaat, 7 April 2017 7:00 PM

SETIAP kali bulan April menjelma, rakyat Thailand, khususnya lelaki bukan sahaja merayakan Songkran, tetapi pada bulan ini jugalah pemuda- pemuda yang berusia 21 tahun di negara gajah putih itu diwajibkan untuk menyertai program khidmat negara.

Tidak terkecuali “lelaki lembut” , atau transgender di negara tersebut. Pemandangan sewaktu proses pendaftaran juga mungkin menjadi agak mengelirukan apabila ketika sesi  lapor diri lelaki lembut atau dipanggil 'kathoey' ini akan tetap memakai pakaian wanita .

iklan