suria

Kenyataan Balas Teong Kim Terhadap Isu ' Jurulatih Bodoh Sombong'

PENGARAH Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim yang juga bekas jurulatih remaja Bayern Munich memberi kenyataan balas terhadap isu 'jurulatih tempatan bodoh sombong' yang pernah dikatakan beliau tahun lalu.

Individu yang bertanggungjawab melahirkan pemain seperti Thomas Muller untuk Jerman itu melihat tidak perlu permohonan maaf dibuat untuk isu tersebut kerana setiap individu perlu mempunyai keyakinan dan keterbukaan untuk menerima kritikkan.

Malah beliau juga meminta jurulatih tempatan supaya lebih berani dan jujur dalam menjalankan tugas kerana bola sepak bukan lagi permainan tetapi satu pekerjaan yang memerlukan keikhlasan dan kesungguhan.

Bekas pemain Kedah dan Kuala Lumpur itu turut menuntut jurulatih tempatan bercakap benar jika mahu bola sepak negara ini terus maju seiring dengan negara lain.





Lim Teong Kim


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi