suria

Amal petua tak minum kopi sejak muda, doktor umur 93 ini dipuji kekal cantik - “Dia ni puntianak ke?”

Dr Lee Gil-ya kekal muda pada usia 93 tahun.

SIAPA yang tak mahu kelihatan muda walaupun usia semakin meningkat? 

Awet muda bukan hanya tentang sapuan krim atau rawatan mahal semata-mata, sebaliknya turut bergantung kepada cara kita menjalani kehidupan seharian.

Di Korea Selatan, seorang wanita dikenali sebagai Dr Lee Gil-ya tular kerana memiliki wajah yang kelihatan muda berbanding usia sebenarnya.

Warga emas berusia 93 tahun itu menjadi bualan selepas muncul dalam video promosi Universiti Gachon, yang mana dia berbicara tentang kecerdasan buatan (AI).

Isi ucapannya bagaikan tenggelam apabila warga maya sibuk memperkatakan tentang penampilan warga emas itu yang langsung tidak menggambarkan usia sebenarnya.

“Dia ni puntianak ke?” soal seorang netizen.

Memulakan kerjaya sebagai doktor, Gil-ya turut aktif berkecimpung dalam bidang kemanusiaan untuk membantu golongan memerlukan. 

Ini bukanlah kali pertama Gil-ya menjadi tumpuan kerana wajahnya yang kekal muda luar biasa.

Pada tahun 2023, ketika berusia 91 tahun, dia mengejutkan ramai dengan gerakan lincahnya ketika menari lagu Gangnam Style nyanyian Psy.

Rutin kecantikan

Bagi mengekalkan keremajaan kulitnya, Gil-ya tidak mengambil alkohol dan rokok.

Selain itu, dia turut menggantikan kopi dengan teh dan minum 1.5 liter air kosong setiap hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali 4 influencer paling kaya di dunia… Tak sangka umur 12 tahun pun dah bergelar jutawan

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 30 tahun meninggal dunia, harta pengasas Walmart masih tak habis makan! Anak cucu jadi waris terkaya atas muka bumi

Dia juga menjalani rawatan laser secara berkala di klinik dermatologi dan sentiasa menggunakan humidifier di dalam bilik.

Menariknya, Gil-ya tidak pernah berkahwin atau mempunyai anak.

Jasa dan kerjaya

Bagi yang tertanya-tanya tentang dirinya, Gil-ya merupakan antara doktor wanita pertama Korea Selatan.

Gil-ya mendapat inspirasi untuk menjadi doktor sejak kecil lagi, selepas melihat golongan miskin meninggal dunia tanpa rawatan yang sepatutnya.

Gil-ya menggantikan kopi dengan teh sebagai salah satu cara untuk mengekalkan keremajaan wajahnya. 

Graduan Kolej Perubatan Universiti Kebangsaan Seoul ini menyambung pengajiannya di Amerika Syarikat dan Jepun, sebelum membuka klinik pakar sakit puan pada tahun 1958. 

Dia juga memperkenalkan polisi tanpa deposit bagi pesakit yang tidak mampu membayar kos rawatan.

Misinya untuk memudahkan akses kepada penjagaan kesihatan tidak terhenti di situ.

Pada usia 65 tahun, Gil-ya membuka Sekolah Perubatan Gachon, yang menawarkan penginapan dan yuran pengajian secara percuma.

Lebih mengagumkan, dia juga menguruskan yayasan berkepentingan awam terbesar di Korea Selatan, yang membiayai pembedahan jantung percuma untuk sekurang-kurangnya 432 kanak-kanak dari 70 negara.

Yayasan itu turut menyediakan saringan kanser rahim secara percuma untuk golongan wanita.

Artikel Lain