suria

Sambutan Hari Guru luar biasa tahun ini! Pendidik rindukan pelajar, bukan kad ucapan atau hadiah penuh meja

Cikgu Waheedah (tengah) bersama sebahagian daripada murid-muridnya.

SETIAP orang tidak mengira usia, akan mengingati tarikh Hari Guru 16 Mei setiap tahun.

Tidak kira apa status anda sekarang, asasnya adalah kejayaan yang anda kecapi hari ini adalah kerana ilmu yang dipelajari sejak melangkah kaki ke sekolah.

Saban tahun sambutan Hari Guru disambut dengan meriah di peringkat sekolah seluruh negara dengan pelbagai aktiviti dilakukan untuk semua pendidik ini dan lebih istimewa ia dilakukan bersama pelajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tak pernah minta diraikan dengan hadiah... tapi 5 pemberian ini mampu buat mereka bahagia, malah bangga dengan anda

Ironinya sambutan Hari Guru yang bertemakan 'Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu' tidak akan berlaku tahun ini berikutan negara masih lagi berperang dengan pandemik Covid-19 dan masih dalam arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 9 Jun ini.



Antara hadiah-hadiah daripada murid kepada cikgu Waheedah tahun lalu.

PKP yang dilaksanakan sehak 18 Mac lalu itu menyaksikan semua sekolah serta Institut Pengajian Tinggi (IPT) ditutup dan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan dengan kaedah dalam talian dari rumah sahaja.

Kemeriahan berbeza

Bagi cikgu Nur Waheedah Borhan, 38, situasi tahun ini memang tidak pernah berlaku dengan banyak perkara baharu yang mana semua guru perlu sesuaikan dengan diri masing-masing.

"Sepanjang sembilan tahun bergelar guru, inilah kali pertama kami menyambut Hari Guru tanpa berdepan antara satu sama lain.

"Kemeriahan tu tak sama. Tahun lalu atas meja sudah penuh dengan kad ucapan dan hadiah daripada pelajar. Malah ada juga aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah sepanjang hari itu.

"Namun tahun ini ia dirasakan sangat berbeza apabila sambutan hari istimewa ini disambut menerusi rakaman video atau virtual dan sebagainya," kongsinya kepada mStar.



Cikgu Waheedah bersama murid-muridnya.

Norma Baharu

Selain itu, Waheedah mengakui banyak pengalaman baharu dirakam sejak PKP dilaksanakan.

"Sudah tentu dari segi pengajaran kepada murid-murid. Cuba kami bernasib baik sebelum perintah iu dilaksanakan, pelajar-pelajar sudah mula membuka akaun untuk 'Classroom'.

"Sekurang-kurangnya guru dan pelajar tidak terlalu terkejut dengan cara baharu ini. Pada tempoh PKP pertama dan kedua, jadual pembelajaran agak tidak tersusun memandangkan ada lagi guru atau pelajar yang tidak boleh akses secara online.

"Namun PKP ke-4, semuanya berjalan dengan lancar dan saya agak teruja kerana agak lama tidak bertemu dengan anak murid.

"Pembelajaran secara virtual ini juga tidak akan lancar jika Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan agensi pendidikan kerajaan tidak membantu semua guru menghadapi norma baharu ini dengan memberi latihan, membiasakan diri dengan kaedah baharu.



Guru-guru memainkan peranan penting dalam kejayaan seseorang pelajar.

"Sikap bantu membantu kepada guru yang lebih senior untuk 'adapt' situasi ini juga antara faktor kaedah pembelajaran ini semakin baik," ujarnya yang mengajar Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Jenis (C) Yuk Chai, Taman Megah.

Semua guru dinamik

Dalam pada itu, Waheedah mengakui setiap guru mempunyai cabarannya tersendiri.

"Saya tidak dapat bayangkan bagaimana guru-guru di pedalaman mengharungi situasi sukar yang tidak boleh akses kepada Internet. Ada guru yang sanggup pergi rumah penghulu untuk membuat video pembelajaran.

"Namun saya yakin semua guru adalah dinamik dan akan berkorban apa sahaja asalkan ilmu itu sampai kepada pelajar.

"Semua guru berganding bahu membantu antara satu sama lain memastikan sistem pembelajaran disampaikan jelas kepada semua pelajar," jelasnya yang berharap keadaan negara akan pulih seperti sedia kala tidak lama lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain